Projek Pendidikan Jarak Jauh Bantuan China Dimulakan di Laos

(CRI)Jumaat 24 Mac 2023

Projek pendidikan jarak jauh bantuan China (bahagian teknologi) telah dimulakan di Vientiane, Laos kelmarin.

Menteri Pendidikan dan Sukan Laos, Phouth Simmalavong menghargai bantuan dari kerajaan dan rakyat China, dan berharap agar konsep dan pengalaman pendidikan China serta teknologi maklumat canggih antarabangsa diperkenalkan ke negaranya, bagi menaiktaraf pendidikan jarak jauh.

Kaunselor Perniagaan Kedutaan Besar China ke Laos, Zhao Wenyu berkata, China bersedia bersama dengan Laos mendorong kerjasama pendidikan berkembang ke arah berkualiti tinggi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Projek bantuan teknologi itu merangkumi pembinaan 19 buah pusat pendidikan jarak jauh dan sebuah pusat sumber latihan pendidikan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan