Perkasakan Pembinaan Negara Pendidikan Kuat, kata Xi

(CRI)Selasa 30 Mei 2023

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan sesi pembelajaran kolektif kali kelima mengenai pembinaan negara pendidikan yang kuat, pada Isnin.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping ketika berucap pada sesi itu menekankan bahawa pembinaan negara pendidikan yang kuat adalah bagi berkhidmat kepada pembangunan berkualiti tinggi.

Xi mahu usaha dilakukan untuk mengukuhkan asas kemakmuran negara melalui pendidikan kuat, dan memberi sokongan teguh bagi mendorong kebangkitan gemiling bangsa China secara menyeluruh.

"China telah membina sistem pendidikan terbesar di dunia, dan tahap pemodenan pendidikan negara ini telah memasuki peringkat negara pertengahan atas di dunia."

"Kini China menduduki tangga ke-23 dalam indeks pendidikan global, naik 26 tangga berbanding tahun 2012," kata Xi.

Beliau menegaskan bahawa perubahan dari sebuah negara pendidikan besar kepada negara pendidikan kuat merupakan satu lonjakan sistematik dan perubahan kualitatif, dan ia dipacu oleh pembaharuan dan inovasi.

"Pendigitalan pendidikan merupakan pendekatan penting dalam meneroka jalan pembangunan pendidikan baharu dan memupuk kelebihan baharu."

"Kita harus memperkasakan pendidikan digital agar lebih ramai rakyat dapat akses ke sumber pendidikan yang berkualiti tinggi dan moden." ujar Xi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan