Jumlah Perjalanan Kereta Api Kargo China-Eropah (Wuhan) Cipta Rekod

(CRI)Khamis 01 Jun 2023

Pada Januari hingga Mei lalu, jumlah perjalanan kereta api kargo China-Eropah (Wuhan) mencatat 534 kali, menghantar barangan sebanyak 43,854 TEU. Kedua-dua angka itu masing-masing naik 149.53 peratus dan 148.55 peratus.

Menurut pihak berkuasa berkaitan, pembukaan laluan penghantaran bijirin yang menyambungkan Wuhan dengan Uralsk pada Mei lalu, menjadi laluan logistik yang lebih stabil dan efisien bagi perdagangan bijirin antara provinsi Hubei China dengan negara-negara di Asia Tengah.

Setakat ini, kereta api kargo China-Eropah (Wuhan) merangkumi 47 laluan logistik antarabangsa yang menyambungkan 111 bandar di 40 negara di benua Eurasia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan