China Komited kepada Kedamaian, Kerjasama dan Pembangunan

(CRI)Isnin 05 Jun 2023

China akan memelihara kedamaian dunia dengan tindakan konkrit di samping menyumbang dengan aktif untuk menawarkan lebih banyak produk keselamatan awam kepada masyarakat antarabangsa.

Demikian dinyatakan para pakar delegasi China dalam sidang media selepas Dialog Shangri-La ke-20 yang menutup tirainya di Singapura, pada Ahad

Jurucakap Kementerian Pertahanan Negara China, Tan Kefei sebelum sidang media tersebut memaklumkan bahawa dalam Sidang Shangri-La kali ini, China dengan pemimpin atau ketua delegasi dari Malaysia, Singapura, Kemboja, Filipina, Indonesia, Mongolia, New Zealand, Jerman, Britain, Australia, Jepun dan Korea Selatan serta pihak urusan pertahanan Kesatuan Eropah bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan dua hala, situasi serantau antarabangsa dan isu Taiwan dan Laut China Selatan yang menjadi isu kepentingan bersama.

Pakar dari delegasi China turut menggunakan peluang pada dialog itu untuk membentangkan konsep "inisiatif keselamatan yang baharu".

Menurut pakar ketenteraan China yang juga bekas Naib Presiden Akademi Sains Ketenteraan China, He Lei, Inisiatif Keselamatan Sejagat merupakan cerminan konkrit inisiatif komuniti berkongsi nasib sesama insan dalam bidang keselamatan antarabangsa yang menganjurkan pandangan keselamatan secara bersama, komprehensif, kerjasama dan mapan.

Pada masa sama, para pakar China turut melihat sidang dialog Shangri-La sebagai platform bagi membincangkan isu keselamatan berbanding pentas pertunjukan bagi menghasut hegemoni.

Profesor Madya dari Institut Keselamatan Negara Universiti Pertahanan Negara Pasukan Pembebasan Rakyat China, Zhang Chi menyatakan bahawa situasi Selat Taiwan yang tegang adalah jelas dicetuskan tindakan provokasi Amerika Syarikat (AS).

"AS berkata bahawa mereka mahu untuk berkomunikasi dengan China dalam bidang ketenteraan, tetapi sebenarnya terus membuat cabaran terhadap garis merah China."

"Ini bukan sahaja telah merosakkan asas politik bagi hubungan China-AS, malah turut membuatkan situasi keselamatan serantau semakin runcing," ujar beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan