Hari Alam Sekitar Sedunia: Guangzhou, Habitat Mesra Burung

(CRI)Isnin 05 Jun 2023

Dalam beberapa tahun mutakhir ini, Guangzhou berjaya menduduki tempat pertama dalam kalangan bandar-bandar utama China bagi sektor kualiti udaranya.

Dengan luas sehingga 1,100 hektar, Taman Tanah Paya Kebangsaan Haizhu yang terletak lima kilomter dari Menara Guangzhou iaitu mercu tanda bandar itu, telah menjadi habitat bagi 180 spesies burung setakat ini.

Sekiranya dibandingkan dengan 8 tahun yang lalu, jumlah spesies burung yang terdapat hanyalah sekitar 70 jenis sahaja.

Ketua Jabatan Perhutanan dan Taman Guangzhou, Liu Xianrong menyatakan bahawa kadar liputan hutan di bandar tersebut telah mendahului bandar lain.

"Sebanyak lebih 1,200 buah taman dan jalan hijau sepanjang 3,800 km telah dibina," ujar beliau. Menurut Liu, hutan seluas 67 ribu hektar dijangka dapat ditambah di Guangzhou menjelang 2027.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan