WB Naik Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China kepada 5.6 Peratus

(CRI)Rabu 07 Jun 2023

Bank Dunia (WB) dalam laporan Prospek Ekonomi Global terkininya menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi China bagi 2023 kepada 5.6 peratus daripada 4.3 peratus yang dijangkakan sebelum ini.

Angka itu turut meningkat ketara berbanding unjuran 5.1 peratus yang dibuat dalam laporan WB mengenai perkembangan ekonomi Asia Timur dan Pasifik pada bulan April.

Selain itu, unjuran pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) bagi tahun ini disemak naik kepada 1.1 peratus.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan