Xinjiang Wujudkan Kluster Perindustrian, Fokus Nilai Tambah Produk

(CRI)Selasa 30 Mei 2023

Wilayah Xinjiang mempunyai peluang besar meraih manfaat pertumbuhan ekonomi menerusi penubuhan kluster perindustrian yang mencakupi hasil pertanian, sumber tenaga dan lain-lain.

Di Hotan, barat daya Xinjiang, kacang walnut secara dasarnya menjadi sumber pendapatan masyarakat tempatan.

Dengan mengendalikan program penanaman pokok walnut seluas lebih 688,000 hektar, Hotan kini bergiat aktif dalam mempelbagaikan produk makanan berasaskan kacang walnut yang mempunyai nilai tambah tinggi.

Ketua unit pembangunan perindustrian dari jabatan pertanian dan urusan luar bandar Xinjiang, Zhang Hu berkata antara aspek yang diberikan tumpuan adalah usaha menaik taraf pemprosesan produk pertanian, memperpanjang rantaian perindustrian dan meningkatkan nilai tambah produk berkenaan.

Selain kacang walnut, wilayah autonomi itu juga terkenal dengan buah-buahan seperti pear Korla dan anggur, serta kuda baka Ili.

Xinjiang komited menubuhkan kluster perindustrian membabitkan produk ikonik yang berkaitan di samping memperluas saluran jualan, sebagai usaha memajukan kawasan luar bandar dan membantu masyarakat setempat menjana pendapatan lebih tinggi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan