“Encore Dunhuang” Hidupkan Semula Jalan Sutera Ribuan Tahun

“Encore Dunhuang” Hidupkan Semula Jalan Sutera Ribuan Tahun
Melodrama “Encore Dunhuang”.

Melodrama “Encore Dunhuang” pertunjukan yang mesti ditonton oleh setiap pelancong yang berpeluang sampai ke Dunhuang di provinsi Gansu. Melodrama ini menonjolkan budaya Jalan Sutera yang diwarisi ribuan tahun dan semangat Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang bersifat terbuka, inklusif, kerjasama serta menang-menang. Melalui pementasannya, penonton akan dibawa menghayati kegemilangan dan pesona budaya Dunhuang serta kemakmuran dan keindahan Jalan Sutera.

Melodrama diarahkan oleh pengarah terkenal, Wang Chaoge yang memilih lima adegan klasik dan enam watak utama untuk membawa penonton hanyut ke dalam budaya Dunhuang dan budaya Jalan Sutera menerusi jalan cerita yang sepanjang 90 minit.

“Dunhuang adalah tempat empat tamadun bertembung, melahirkan budaya tersendiri yang menerapkan inti pati budaya pelbagai bangsa di seluruh dunia. Ia juga teladan integrasi budaya China dengan budaya lain yang berlangsung sekian lama.” Kata Wang Erjiang, pengerusi Gansu Siku Cultural Development Group yang juga penerbit melodrama ini, “Sejak tahun 2016, ia telah dipersembahkan sebanyak 4,000 kali dan ditonton seramai 2.31 juta pelancong sama ada dari dalam atau luar negara. Niat asal kami mementaskan melodrama ini adalah untuk memperkenalkan budaya China kepada dunia dan menyampaikan kisah China dengan memberi pengalaman yang mengasyikkan.” 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan