Xi Mahu CYLC Galas Misi, Bangkitkan Motivasi Anak Muda

(CRI)Selasa 27 Jun 2023

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping menyeru kepimpinan baharu Liga Belia Komunis China (CYLC) supaya berikhtiar menggalas misi dan tugas yang diamanahkan oleh PKC pada era baharu.

Xi, yang juga Presiden China membuat kenyataan itu semasa pertemuan bersama anggota pucuk pimpinan yang baru dilantik Jawatankuasa Pusat CYLC, petang Isnin.

Beliau berkata generasi muda mencorak masa depan Parti dan negara. CYLC diharap terus mengoptimumkan peranannya dalam menyatupadukan warga liga berkenaan menyumbang bakti demi pembinaan negara kuat serta kebangkitan bangsa.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan