China Terus Perkasa Perlindungan Harta Intelek

(CRI)Jumaat 30 Jun 2023

China mencapai kemajuan signifikan dalam usaha memperkasakan perlindungan harta intelek sepanjang tahun lalu.

Demikian menurut kertas putih mengenai perlindungan harta intelek yang dikeluarkan Jabatan Pentadbiran Harta Intelek Negara (CNIPA) hari ini.

Kertas putih itu berbunyi, pada 2022, kerajaan China terus memperkukuh asas tadbir urus harta intelek di sisi undang-undang dan memperdalam pembaharuan sistem perlindungan berkenaan.

Dalam pada itu, pelbagai kerja turut dipergiatkan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan harta intelek.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan