- Lain-lain
Politburo Semak Garis Panduan mengenai Dasar Sokong Pembangunan Xiong'an
Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat untuk meneliti garis panduan mengenai dasar dan langkah yang diambil dalam menyokong pembinaan berkualiti tinggi Kawasan Baharu Xiong'an.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC Xi Jinping mempengerusikan mesyuarat itu pada Jumaat.
Antara perkara utama yang diutarakan dalam mesyuarat berkenaan adalah peri pentingnya pelbagai insentif diperkenalkan untuk memastikan usaha meringankan beban Beijing berstatuskan ibu negara dan projek pembangunan Xiong'an dilaksanakan secara terselaras dan mantap.
Oleh itu, usaha meneroka pendekatan inovatif amat digalakkan dalam pembangunan Xiong’an, di samping siri pembaharuan membabitkan beberapa sektor akan digerakkan.
Langkah-langkah seperti mengoptimumkan persekitaran perniagaan, memperhebat inovasi teknologi dan membangunkan industri berteknologi tinggi akan giat dilaksanakan ke arah meningkatkan keupayaan Xiong’an dalam memacu pembangunan mandiri.