Saling Untung dan Sama Menang, Inti Pati Hubungan Perdagangan China-AS

(CRI)Jumaat 07 Julai 2023

Setiausaha Perbendaharaan Amerika syarikat(AS), Janet Yellen mengadakan lawatan ke China dari 6 hingga 9 Julai, hasil perbincangan kedua-dua pihak. Ini merupakan langkah konkrit untuk melaksanakan konsensus penting yang tercapai pemimpin China dan AS pada pertemuan di Pulau Bali, Indonesia.

Demikian kata seorang pegawai Kementerian Kewangan China ketika menjawab pertanyaan wartawan baru-baru ini.

“Lawatan itu diharap agar mengukuhkan komunikasi dan pertukaran dalam bidang kewangan antara kedua-dua negara.

“Pewujudan saling untung dan sama menang merupakan inti pati hubungan China-AS dalam bidang ekonomi dan perdagangan, tidak ada mana-mana pihak menang dalam perang perdagangan dan tindakan ‘mencantas hubungan’.

“Kami (China) berharap pihak AS akan mengambil tindakan konkrit untuk menyediakan persekitaran yang baik bagi hubungan ekonomi dan perdagangan berkembang ke arah yang sihat dan mewujudkan situasi sama untung dan sama menang antara kedua-dua pihak,” kata pegawai itu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan