Amboi, Pantasnya! Di Balik Kereta Api Laju 350km/j China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 11 Julai 2023

Naiki sahaja mana-mana kereta api berkelajuan tinggi di China, dan besar kemungkinannya tren itu buatan CRRC Changchun Railway Vehicles Co., Ltd., yang pangkalan pengeluarannya terletak di daerah Lyuyuan, provinsi Jilin.

Juga dikenali sebagai buaian bagi transit metro dan unit elektrik berkelajuan tinggi China, kilang milik syarikat tersebut menghasilkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan tren laju negara ini.

Produk keluaran Changchun Railway Vehicle Company (CRRC) telah dieksport ke lebih 20 negara dan wilayah seperti Amerika Syarikat, Australia, Brazil, Israel dan Arab Saudi.

Ikutilah video ini untuk melihat di sebalik barisan pengeluaran kereta api laju kilang milik CRRC Changchun.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan