Trem Pintar Mula Uji Bawa Penumpang di Chengdu

Trem Pintar Mula Uji Bawa Penumpang di Chengdu
Trem pintar yang membawa penumpang melalui laluan BRT K7 berhenti di satu stesen. (foto: Liu Zhongjun/Chinanews.cn)

Dua trem pintar generasi baharu mula ujian percubaan membawa penumpang melalui laluan bas transit pantas (BRT) K7 Chengdu pada 25 Julai. Trem pintar ini akan menyediakan mod perjalanan yang hijau, karbon rendah dan mesra alam bagi memudahkan orang awam pergi ke Pusat Sukan Tasik Dong'an untuk menonton perlawanan. Fungsi lainnya juga sebagai perkhidmatan sokongan kepada Universiade Chengdu.

Operasi trem ini menggunakan sistem ekspres tanpa rel. Trem mengikut arahan dari unit kawalan pusat dan bergerak di trajektori maya yang ditetapkan secara felksibel. Kelajuan maksimum boleh mencapai 70 kilometer sejam.

Berita Berkaitan