Pembinaan Laluan Shenzhen-Zhongshan Makin Pantas

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 27 Julai 2023

Laluan Shenzhen-Zhongshan ialah sebuah jambatan yang masih dalam pembinaan. Jambatan ini akan menghubungkan Shenzhen dan Zhongshan di provinsi Guangdong. Panjang keseluruhan jambatan adalah 24 kilometer, termasuk terowong tiub dalam air sepanjang 6.8 kilometer. Kelajuan reka bentuk infrastruktur ini ialah 100 kilometer sejam, dan hayat perkhidmatan reka bentuk ialah 100 tahun. Ini adalah projek kluster bertaraf dunia yang terdiri daripada jambatan, terowong dan pulau buatan.

Laluan Shen-Zhong ialah laluan lebuh raya dalam air pertama di China. Jambatan Lingdingyang dengan jarak utama 1,666 meter letaknya 91 meter di atas permukaan air. Jarak kelegaan navigasinya iaitu 76.5 meter adalah yang tertinggi di dunia bagi mana-mana jambatan yang merentasi laut.

Menurut Zhong Huihong, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Laluan Shenzhen-Zhongshan, pada masa ini pembinaan pulau buatan timur dan barat bagi Saluran Shenzhen-Zhongshan berjalan lancar. Projek terowong dalam laut dan jambatan telah siap disambung, dan pembinaan parit sampingan, permukaan jalan, serta keselamatan trafik elektromekanikal dan projek lain di terowong dalam air dijangka siap dan dibuka untuk lalu lintas pada tahun 2024.

Setelah pembinaan selesai, tempoh pemanduan antara Zhongshan dan Shenzhen akan dipendekkan kepada 30 minit. Shenzhen dan Zhongshan akan memasuki "lingkungan trafik setengah jam ", menjadi penghubung pengangkutan antara bandar-bandar di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau (Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area).

Berita Berkaitan