Kisah Menyentuh Jiwa Saat Hujan Lebat Mencurah

(CRI)Khamis 03 Ogos 2023

Taufan Doksuri membawa hujan lebat membadai bandar Beijing, Tianjin dan provinsi Hebei di utara China sejak 29 Julai.

Ketika usaha menangani bencana giat dilakukan, muncul juga pelbagai kisah yang menyentuh jiwa.

Pada 31 Julai, hujan lebat melanda daerah Fangshan, Beijing sekali gus menyebabkan tiga penduduk terperangkap di rumah sendiri.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka berjaya diselamat dan dipindahkan ke tempat lain oleh seorang penduduk kampung bernama Liu Bing dengan memandu forklif.

Sehari sebelumnya pula, seorang lelaki yang sedang memandu dihanyutkan ke dalam sungai oleh banjir ketika melintasi sebuah jabatan di Wu'an, provinsi Hebei.

Aliran sungai yang terlalu deras menyukarkan operasi menyelamat dijalankan.

Pada saat kritikal itu, Zhao Yapeng yang merupakan ahli bomba tempatan diibaratkan sebagai manusia 'turun dari langit'.

Menggunakan kren dan tali dari sudut udara, beliau berjaya membawa mangsa itu ke kawasan yang selamat.

"Menyelamatkan orang, itulah tugas kami," kata ahli bomba itu.

Berita Berkaitan