Indeks Logistik E-niaga China pada Julai Terus Naik

(CRI)Isnin 07 Ogos 2023

Persatuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) memaklumkan Indeks Logistik E-niaga China pada Julai meningkat, dengan catatan sebanyak 110.9 mata.

Menurut data yang diumumkan pagi tadi, indeks tersebut terus menyaksikan kenaikan sebanyak 0.3 mata peratusan berbanding Jun lalu.

Memetik CFLP, peningkatan itu didorong oleh prestasi baik indeks pihak pembekalan seperti kecekapan logistik, serta kadar termasuk kepuashatian, pelaksanaan kontrak dan tenaga manusia.

Pada Julai, jumlah logistik e-niaga dan jumlah e-niaga di kawasan desa direkodkan menurut sedikit susulan tamatnya kempen promosi pembelian e-niaga.

Namun, potensi keperluan masih berada pada momentum yang kuat apabila berjaya mengekalkan peningkatan pada kadar 20 dan 25 peratus.

Pengarah Pusat Informasi Logistik China (CLIC), Liu Yuhang menyatakan bahawa kedinamikan operasi syarikat dilihat baik, terutama pada sesetengah sektor penting seperti penggunaan kehidupan harian penduduk.

Untuk rekod, laporan Data Biro Statistik Nasional memberitahu bahawa jumlah jualan runcit dalam talian mencatat RMB6.1 trilion (RM3.86 trilion) pada separuh pertama 2023, meningkat 10.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus menduduki 26.6 peratus dalam jumlah keseluruhan jualan runcit produk penggunaan masyarakat.

Difahamkan, keperluan logistik e-niaga yang terus menaik secara stabil serta pelaksanaan pelbagai dasar untuk merangsang penggunaan, Indeks Logistik E-niaga dijangka akan terus meningkat pada bulan ini.

Video

Berita Berkaitan