Peranan Positif China Berhubung Krisis Ukraine Dipuji

(CRI)Rabu 09 Ogos 2023

Peranan positif yang dimainkan China dalam menggerakkan rundingan damai berhubung krisis Ukraine mendapat pujian daripada pelbagai pihak.

Jurucakap Kementerian Luar menerusi kenyataan pada Selasa memperincikan maklumat mengenai kehadiran wakil khas kerajaan China atas hal ehwal Eurasia, Li Hui dalam mesyuarat berhubung isu Ukraine di Jeddah, Arab Saudi, hujung minggu lalu.

Difahamkan, sepanjang mesyuarat berkenaan, Li berhubungan dengan pelbagai pihak terbabit, menjelaskan pendirian China dan mendengar suara semua pihak.

Beliau berusaha ke arah menggerakkan konsensus diwujudkan di antara pelbagai pihak mengenai penyelesaian politik krisis Ukraine.

Menurut jurucakap itu, China akan terus melaksanakan saranan disyorkan Presiden Xi Jinping serta meningkatkan dialog dan komunikasi dengan pihak terlibat berdasarkan dokumen pendirian China mengenai penyelesaian politik krisis Ukraine.

Video

Berita Berkaitan