China Seru Galak Penyelesaian Krisis Ukraine secara Politik

(CRI)Selasa 18 Julai 2023

China menyeru agar masyarakat antarabangsa bersinergi menggalakkan penyelesaian krisis Ukraine menerusi saluran politik.

Seruan itu dibuat oleh Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang dalam satu mesyuarat peringkat tinggi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Isnin.

Geng berkata, krisis Ukraine sekali lagi membuktikan bahawa mentaliti basi dan kelakuan berbahaya seperti menghasut konfrontasi dan mengembangkan blok ketenteraan hanya akan membawa Eropah malah seluruh dunia ke kancah huru-hara.

Selain mengawal kesan limpahan krisis Ukraine, beliau turut menekankan perlunya pihak-pihak terlibat bertenang dan bersabar untuk memastikan keselamatan fasiliti nuklear berkenaan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan