Lawatan Diplomat Asing ke Xinjiang, Tangkis Dusta Direka Barat

(CRI)Khamis 10 Ogos 2023

Pengalaman delegasi duta asing melawat Xinjiang merupakan bukti kukuh yang menangkis pembohongan direka-reka segelintir negara Barat.

Jurucakap Kementerian Luar menerusi kenyataan pada Rabu memberikan penjelasan lebih lanjut mengenai kunjungan seramai 40 orang diplomat asing dari 25 negara termasuk Malaysia, Pakistan, Iran dan Mesir ke wilayah Xinjiang dari 31 Julai hingga 4 Ogos.

Diplomat asing berpendapat, kunjungan berkenaan membolehkan mereka melihat sendiri keadaan sebenar Xinjiang, iaitu masyarakat kekal stabil, ekonomi berkembang pesat, rakyat hidup aman sentosa manakala budaya penuh warna-warni.

Mereka menyatakan ia memang berlainan sama sekali daripada apa yang diheboh-hebohkan oleh media Barat.

Jurucakap itu berkata masyarakat antarabangsa takkan tertipu dengan fitnah 'genosid' dan ‘buruh paksa’ yang dilemparkan Amerika Syarikat hanya untuk memburuk-burukkan China.

Video

Berita Berkaitan