Pelajar Riangkan Musim Panas dengan Petikan Hap

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 18 Ogos 2023
Pelajar Riangkan Musim Panas dengan Petikan Hap
Para pelajar pada konsert penutup kem musim panas hap selama empat hari pada 15 Ogos. (foto: Su Guanming/China Daily)

Pada 2011, pemain hap, Wang Guan telah melancarkan program kem musim panas di Dewan Konsert Kota Larangan di Beijing sebagai sebahagian daripada Festival Musim Panas Gerbang Seni.

Ketika itu, terdapat 30 pelajar yang menyertainya dan tiada seorang daripada mereka yang mengetahui tentang hap.

Pada tahun ini, program itu berjaya menarik penyertaan 45 pelajar berumur antara 5 dan 12 tahun.

Program empat hari itu diakhiri dengan konsert yang diadakan di Dewan Konsert Kota Larangan pada 15 Ogos, dengan semua pelajar membuat persembahan dalam gabungan pemuzik instrumental yang berbeza.

Video

Berita Berkaitan