CIFTIS Bakal Tawarkan Aktiviti Kebudayaan Waktu Malam

(CRI)Khamis 31 Ogos 2023

Pameran komprehensif terbesar dalam bidang perdagangan perkhidmatan global, iaitu Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2023 dijadual berlangsung di Beijing pada 2 hingga 6 September nanti.

Antara lain yang akan turut dianjurkan sempena pameran itu adalah aktiviti kebudayaan waktu malam.

Snek, yang dianggap sebagai kenangan dalam mengingati sesebuah tempat, juga boleh diumpamakan ibarat jendela untuk mengetahui dan mendekati sesebuah bandar bagi pelancong.

Sehubungan itu, lebih 40 kedai makanan berkualiti tinggi seperti Restoran Shougang akan menawarkan hidangan yang penuh kepelbagaian untuk menjamu selera para pengunjung.

Kuil Fahai Beijing, yang dibina pada 1439, turut termasyhur di dalam dan luar negara dengan 10 lukisan dinding zaman Dinasti Ming yang dipelihara dengan baik. Buat julung-julung kalinya, lawatan awan untuk lukisan dinding asli akan dibuka pada CIFTIS kali ini.

Taman Langyuan, iaitu kawasan jalan-jalan riadah dan pelancongan Beijing pula akan menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik pada waktu malam seperti pameran kraftangan Warisan Budaya Tidak Ketara, tayangan filem di luar, pasar barang terpakai, konsert di bahagian luar dan persembahan opera dram Jingyun.

Video

Berita Berkaitan