Disneyland Shanghai Bakal Buka Taman Bertema Zootopia Pertama Akhir 2023

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 06 September 2023
Disneyland Shanghai Bakal Buka Taman Bertema Zootopia Pertama Akhir 2023
Disneyland Shanghai pada Selasa memaklumkan bahawa taman bertemakan Zootopia yang pertama seumpamanya bagi cawangan Disneyland di seluruh dunia, dijadualkan dibuka menjelang akhir tahun ini. (Xinhua/Ren Long)

Disneyland Shanghai pada Selasa mengumumkan bahawa taman bertemakan Zootopia yang pertama seumpamanya bagi cawangan Disneyland di seluruh dunia akan dibuka menjelang akhir tahun ini.

Dinamakan sempena filem animasi Disney yang popular, pembukaan Zootopia sekali gus akan menjadi taman bertema kelapan di taman tema Disneyland Shanghai.

Dilengkapi dengan teknologi canggih yang digunakan dalam pembinaannya, taman bertema baharu itu akan menawarkan pengunjung pengalaman cukup mengasyikkan dalam metropolis mamalia Zootopia yang ceria dan berkepelbagaian.

"Filem Zootopia yang sangat digemari telah memupuk hubungan yang erat dengan para penonton sejak tayangan pertama. Kami sangat teruja kerana berpeluang merapatkan lagi hubungan itu di sini (Shanghai), di taman bertema yang unik ini," ujar Presiden merangkap Pengurus Besar Disneyland Shangai, Joe Schott.

Dimaklumkan, pembinaan taman bertemakan Zootopia yang bermula sejak Disember 2019 itu kini telah memasuki peringkat akhir.

Video