Teknologi Terbaharu Curi Perhatian Peserta CIFTIS 2023

(CRI)Khamis 07 September 2023

Pusat pengalaman metaverse sempena Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2023 menggabungkan teknologi termaju seperti VR, AI visual, interaksi pintar, dan berjaya menarik ramai pengunjung untuk datang merasai pengalaman permainan interaktif perendaman.

Misalnya di dalam dewan bertemakan pendidikan keselamatan, turut terdapat projek untuk peserta mencuba pengalaman seperti yang sebenar termasuk gempa bumi, ribut petir, dan misi bomba.

Melalui teknologi VR, AR, XR, interaksi manusia-mesin pintar, dan teknologi sensor yang maju dilihat menumpukan perhatian terhadap belia, memberi simulasi pelbagai senario pendidikan keselamatan dalam ruang yang selamat, meningkatkan keselamatan serta kemampuan golongan terbabit untuk menyelamatkan diri dalam keadaan kecemasan.

Video

Berita Berkaitan