Pasukan Ekspedisi Artik Ke-13 China Tiba di Kutub Utara

(CRI)Khamis 07 September 2023

Pasukan Ekspedisi Lautan Artik Ke-13 China tiba di kawasan Kutub Utara dengan menaiki kapal "Xuelong-2" pada pukul 1.55 petang Selasa.

Pasukan tersebut merancang melaksanakan operasi penyelidikan bersepadu yang berkisar kepada atmosfera, hidrologi, biologi dan ais laut, yang dilihat kondusif bagi peningkatan pengetahuan tentang perubahan ais dan arus laut, perubahan cepat di perairan terbabit serta perubahan susulan yang dialami ekologi sekitarnya, dan juga berguna bagi peningkatan kecekapan negara ini dalam usaha menangani kesan perubahan iklim global melalui sokongan data.

Video

Berita Berkaitan