CIFTIS 2023 Buahkan Hasil Cemerlang

(CRI)Khamis 07 September 2023

Bertemakan "openness leads development, cooperation creates a win-win future", Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2023 melabuhkan tirainya di Beijing pada Rabu.

Dalam tempoh pameran tersebut, lebih 200 forum dan sesi promosi diadakan, menarik penyertaan lebih 2,400 syarikat secara fizikal dan lebih 6,700 syarikat secara maya, serta 280 ribu pengunjung. Selain itu, lebih 1,100 hasil dicapai, sekali gus menyumbang kepada pemulihan ekonomi dan perdagangan global.

Difahamkan, sebanyak 83 negara dan pertubuhan antarabangsa menyertai pameran itu, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 12 buah negara berbanding edisi terdahulu dengan lapan daripadanya menyertai CIFTIS buat julung-julung kalinya.

Di samping itu, lebih 500 syarikat dalam senarai 500 syarikat terhebat dan syarikat unggul dari pelbagai sektor industri menyertai pameran.

Kini, perdagangan perkhidmatan digital global dan perkhidmatan hijau menjadi sektor penting yang mendorong pertumbuhan perdagangan perkhidmatan, sementara pemulihan pasaran pelancongan yang cepat di peringkat global pula menyuntik kedinamikan kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Memetik pendapat para peserta pameran, mereka rata-rata berpadangan bahawa penggalakan kerjasama dalam perdagangan perkhidmatan akan memberi dorongan kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Video

Berita Berkaitan