Surat Tahniah Xi untuk Forum Inovasi Pujiang 2023

(CRI)Ahad 10 September 2023

Presiden China, Xi Jinping telah mengutus surat tahniah kepada Forum Inovasi Pujiang 2023 pagi tadi.

Menurut Xi, revolusi sains teknologi dan pembaharuan perindustrian pusingan baharu dipergiat secara mendalam buat masa kini. Inovasi sains teknologi merupakan tenaga penting bagi manusia untuk menghadapi cabaran dan risiko, serta mendorong keamanan dan pembangunan. China akan terus mengekalkan pelaksanaan strategi yang terbuka, saling menguntungkan dan menang-menang, meningkatkan tahap keterbukaan, mendorong kerjasama dan interaksi antarabangsa dalam bidang sains dan teknologi melalui pendekatan dan langkah yang lebih terbuka, membangunkan ekosistem yang inovatif dan terbuka yang berdaya saing di pentas dunia, di samping bersama-sama pelbagai negara mencetuskan fenomena pembangunan sains tekonologi yang terbuka, adil, sama rata dan bebas diskriminasi.

Forum tersebut diharapkan mengekalkan inovasi sebagai tema utama, mencetuskan insiprasi inovatif, mempromosi konsep inovasi, menggalakkan semangat inovatif supaya memberi sumbangan baharu bagi mendorong kerjasama sains teknologi antarabangsa dan meningkatkan manfaat bersama manusia.

Forum Inovasi Pujiang 2023 yang bertamakan "ekosistem inovasi yang terbuka: inovasi dan rantai global" membuka tirai di bandar Shanghai pagi tadi.

Video

Berita Berkaitan