Pertunjukan Cahaya Sukan Asia Terangi Bandar Baru Qianjiang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 22 September 2023

Bagi meraikan ketibaan Sukan Asia Hangzhou, Pertunjukan Cahaya Bandar Baru Qianjiang telah ditingkatkan lagi tarafnya. Sejak Julai 2022, jumlah bangunan dan binaan landskap yang terlibat dalam pertunjukan tersebut telah ditambah, begitu juga kawasan pertunjukan di sepanjang sungai terlibat.

Berlatarbelakangkan kilauan cahaya lampu berwarna-warni, maskot Sukan Asia Hangzhou, Cong Cong, Chen Chen dan Lian Lian hadir menceriakan dinding bangunan. Imej logo warisan budaya Hangzhou dan tapak penganjuran Sukan Asia turut dipaparkan satu per satu. Setiap orang biasa yang pernah membaktikan tenaga dan membuat sumbangan dalam diam turut menari dalam bentuk cahaya dan bayang.

Pada malam 18 September, raptai penuh bagi upacara pembukaan Sukan Asia Hangzhou telah disempurnakan untuk kali terakhir. Upacara pembukaan ini akan menggantikan bunga api tradisional dengan jenis digital, menjanjikan gabungan padu elemen-elemen bunyi yang menyimbolkan semangat serta ekspresi visual yang mencipta suasana unik dan meriah, sambil menzahirkan konsep-konsep perlindungan alam sekitar kepada penonton dari seluruh dunia.

Video

Berita Berkaitan