Larian Obor Sukan Asia ke-19 Bermula 8 Sept.

(CRI)Rabu 06 September 2023

Sidang akhbar mengenai acara larian obor Sukan Asia ke-19 telah diadakan di Pusat Media Utama Sukan Asia di bandar Hangzhou, China pagi tadi. 

Naib komander Pusat Pimpinan Acara Larian Obor Sukan Asia Hangzhou, Du Zuofeng berkata, pihaknya bersiap sedia untuk memulakan larian obor setelah melakukan perancangan keseluruhan dan persiapan yang teliti selama hampir tiga bulan.

"Majlis Acara Larian Obor Sukan Asia ke-19 akan dimulakan di dataran Taman Yongjin, Tasik Barat Hangzhou pada pagi 8 September, kemudian diteruskan dengan melalui bandar Huzhou, Jiaxing, Shaoxing, Ningbo, Zhoushan, Taizhou, Wenzhou, Lishui, Jinhua dan Quzhou, dan akhirnya obor terbabit akan dibawa balik ke Hangzhou pada 20 September yang akan menyaksikan larian seksyen terakhir." katanya.

Menurut maklumat berkenaan, seluruh acara itu akan membabitkan 2022 orang pembawa obor.

Video

Berita Berkaitan