Larian Obor Sukan Asia Ke-19 Dirasmikan di Hangzhou

(CRI)Jumaat 08 September 2023

Majlis perasmian larian obor Sukan Asia Ke-19 telah dirasmikan di Lapangan Taman Yongjin Tasik Barat Hangzhou hari ini, diserikan dengan kehadiran 106 orang pembawa obor dari pelbagai sektor termasuk juara Sukan Olimpik Athens 2004 bagi kategori 100 meter kuak dada wanita, Luo Xuejuan yang ditugaskan menjadi pembawa pertama.

Laluan sepanjang 5.2 kilometer untuk majlis larian obor tersebut direka bentuk mengelilingi Tasik Barat yang tersenarai sebagai Warisan Budaya Dunia.

Seterusnya, majlis larian obor akan disambungkan di 11 bandar satu- demi satu di seluruh provinsi bermula esok, dan akhirnya obor itu akan dibawa balik ke Hangzhou pada 20 September.

Video

Berita Berkaitan