Sukan Asia Rangsang Pelancongan Sekitar Hangzhou

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 28 September 2023

Pada masa ini, Sukan Asia ke-19 sedang berlangsung di Hangzhou, mencuri perhatian para netizen. Ditambah pula dengan cuti Pesta Tanglung dan Hari Kebangsaan China yang jatuhnya serentak, menjadikan Hangzhou dan bandar-bandar sekitar destinasi pelancongan yang hangat.

Orang ramai mengunjungi Jambatan Gongchen di Hangzhou. (People’s Daily Online/Wang Jing)

Orang ramai mengunjungi Pekan Huangjiu di Shaoxing. (People’s Daily Online/Wang Jing)

Menurut statistik Fliggy, Hangzhou telah muncul antara tiga teratas daripada bandar pelancongan domestik yang paling popular. Dalam tempoh Sukan Asia kali ini, tempahan penerbangan antarabangsa ke Hangzhou telah meningkat lebih dua puluh kali ganda berbanding hari biasa. Antaranya pelancong dari Thailand, Singapura, Korea Selatan, Jepun dan Malaysia menjadi penyumbang utama.

Statistik Ctrip pula menunjukkan dari 23 September hingga 8 Oktober, tempahan hotel di Hangzhou telah meningkat lebih daripada lapan kali ganda. Rumah inap di bandar sekitar seperti Ningbo, Wenzhou, Huzhou, Shaoxing dan Jinhua yang juga penganjur beberapa acara Sukan Asia ke-19 juga habis ditempah.

Orang ramai mengunjungi Pekan Huangjiu di Shaoxing. (People’s Daily Online/Wang Jing)

Orang ramai mengunjungi Jambatan Gongchen di Hangzhou. (People’s Daily Online/Wang Jing)

Biro Kebudayaan dan Pelancongan Hangzhou menganggarkan bahawa, Hangzhou bakal mencapai kebanjiran pelancong yang paling ramai dalam beberapa tahun ini.

Video

Berita Berkaitan