Alipay: Penggunaan Per Kapita Pelancong China di Luar Negara Meningkat 5%

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Ahad 08 Oktober 2023

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Alipay, dalam tempoh cuti Hari Kebangsaan dan Pesta Kuih Bulan iaitu 29 September hingga 6 Oktober, jumlah pelancong China yang menggunakan Alipay di luar negara telah pulih kepada 80% tahap tahun 2019. Penggunaan per kapita pula meningkat 5% berbanding masa sama tahun 2019.

Alipay antara dua platform pembayaran mudah alih terbesar di China. Menurut kiraannya, tempat-tempat di Asia seperti Hong Kong (China), Makau (China), Korea Selatan, Singapura, Malaysia dan Thailand kekal sebagai destinasi paling popular di kalangan pelancong China pada tempoh cuti panjang ini. Negara-negara Eropah termasuk Perancis dan Itali juga semakin diminati.

Setakat Jun 2023, perkhidmatan Alipay di seberang laut telah meliputi lebih 70 negara dan wilayah, dengan penglibatan sebanyak lima juta kedai.

Video

Berita Berkaitan