Pameran Seni Arca Antarabangsa Hohhot Pertama Buka Tirai

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 16 Oktober 2023
Pameran Seni Arca Antarabangsa Hohhot Pertama Buka Tirai
Perasmian Pameran Seni Arca Antarabangsa Hohhot yang pertama. Foto oleh pelatih Yang Guang.

Pameran Seni Arca Antarabangsa Hohhot yang pertama membuka tirai di ibu kota wilayah Mongolia Dalam, utara China pada 14 Oktober. Pameran terdiri daripada tiga segmen yang memaparkan 58 arca klasik dari dalam dan luar negeri, selain 100 karya lain yang dipilih khas. Pada hari yang sama, Muzium Seni Arca dan Taman Arca Antarabangsa Hohhot turut dibuka secara rasmi.

Pameran yang diadakan bertepatan dengan ulang tahun kesepuluh Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) ini memfokuskan kepada aspek pertukaran budaya antarabangsa serta sejarah panjang dan pandangan multibudaya negara China. Menerusi koleksi yang dipertontonkan, dapat dilihat pola ketamadunan yang sifatnya inklusif dan terbuka.

Video

Berita Berkaitan