Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 18 Oktober 2023

Pesuruhjaya Serantau Simiyu di Tanzania, Yahya Nawanda memberikan pujian kepada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) atas peranannya dalam memupuk kerjasama global dan memudahkan pertukaran individu antara negara.

Dalam satu temu bual eksklusif dengan People’s Daily Online baru-baru ini, Nawanda turut menzahirkan penghargaannya terhadap kebolehan BRI dalam usaha mengukuhkan hubungan antarabangsa.

"Kami [China dan Tanzania] mempunyai hubungan yang sangat baik dalam mempromosikan pertukaran antara rakyat dan belia kami," kata beliau sambil menambah bahawa BRI berfungsi sebagai platform bagi banyak negara untuk belajar daripada kemajuan China serta menyifatkan pengajaran itu memberi manfaat kepada rakyat masing-masing.

Nawanda juga menilai tinggi keberhasilan projek BRI di Tanzania, secara khususnya menyebut kesan transformatif kereta api Tanzania-Zambia sebagai contoh, yang turut merupakan usaha kerjasama antara China, Tanzania dan Zambia.

“Projek kereta api Tanzania-Zambia membantu menghubungkan ramai orang dari Tanzania dan Zambia,” kata beliau.

Pada masa sama, Nawanda turut menekankan lagi tentang kepentingan Zambia sebagai sebuah negara yang dikelilingi daratan untuk memudahkan pengangkutan barangan.

Ketika diwawancara, Nawanda juga menegaskan bahawa hubungan antara China dan Tanzania telah diperkukuh dengan ketara menerusi BRI, selain turut optimisik untuk menyaksikan kemajuan seterusnya.

"Kita perlu membawa pulang (mengamalkan) semua yang kita pelajari dan saksikan, supaya kita dapat membantu rakyat dan negara kita," katanya.

Video

Berita Berkaitan