Xi Hantar Surat Tahniah kepada Ekspo Perdagangan Digital

(CRI)Khamis 23 November 2023

Presiden China Xi Jinping menghantar surat tahniah kepada EKspo Perdagangan Digital Global ke-2 yang dirasmikan di Hangzhou, provinsi Zhejiang, hari ini.

Beliau menyatakan bahawa perdagangan digital berkembang rancak di seluruh dunia dan menjadi momentum baharu dalam perdagangan antarabangsa.

Xi mengatakan, dalam beberapa tahun ini, China aktif menyesuaikan diri dengan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa berstantard tinggi, di samping membina dan menyempurnakan sistem tadbir urus perdagangan digital, mendorong inovasi perdagangan digital, dan memberikan peluang baharu kepada seluruh dunia.

Presiden Xi menzahirkan harapan agar semua pihak dapat memanfaatkan platform ekspo ini untuk membincangkan kerjasama, mempromosikan pembangunan bersama, dan berkongsi hasil, agar bersama-sama menjadikan perdagangan digital sebagai enjin baharu dalam memacu pembangunan bersama, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Video

Berita Berkaitan