Dasar Pengecualian Visa Mudahkan Pergerakan Rakyat China, Malaysia

(CRI)Selasa 28 November 2023

Dasar pengecualian visa yang ditawarkan China dan Malaysia akan merancakkan lagi perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin susulan kemudahan kemasukan ke Malaysia tanpa visa akan dinikmati rakyat China.

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari untuk pelawat dari China mulai 1 Disember.

Untuk itu, Wang menyifatkan China dan Malaysia merupakan jiran seberang laut yang akrab melangkaui usia lebih seribu tahun.

“Awal tahun ini, kedua-dua negara mencapai konsensus dalam membina komuniti berkongsi nasib China-Malaysia."

“Tahun depan menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dua negara. Kami yakin, kemudahan visa berkenaan akan menyuntik momentum baharu kepada pengembaraan dalam kalangan rakyat,” kata beliau dalam sidang media di Beijing pada Isnin.

Video

Berita Berkaitan