PM China Ditemui Pengerusi Eksekutif WEF

(CRI)Selasa 27 Jun 2023

Pelbagai negara perlu mempertingkat persefahaman dan kesalingpercayaan, mengurangkan salah anggap, mengejar situasi sama menang, di samping mengukuhkan pertumpuan kepentingan.

Seruan itu dibuat Perdana Menteri China, Li Qiang dalam pertemuan dengan Pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia (WEF), Klaus Schwab di Tianjin pada Isnin.

Li juga menyeru negara-negara terlibat supaya berganding bahu merungkai cabaran yang didepani dan mewujudkan masa depan yang lebih indah.

Kata beliau, China akan mengekalkan jalan pembangunan secara damai dan komited memperluas keterbukaan yang bertaraf tinggi.

China bersedia bersinergi dengan pelbagai pihak untuk membina ekonomi dunia yang terbuka dan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Schwab pula berkata WEF bersedia memperdalam perkongsian dengan China, menggalakkan semua pihak memperkasa komunikasi, mempertingkat kesalingpercayaan, memperluas kerjasama dan mewujudkan situasi menang-menang, di samping bersama-sama menangani cabaran global termasuk perubahan iklim dan membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan