China Lancarkan Satelit Ujian Gunakan Roket SD-3

(CRI)Rabu 06 Disember 2023

Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan China melancarkan satu satelit untuk ujian teknologi Internet satelit dengan menggunakan roket pembawa Smart Dragon-3 (SD-3) di perairan berhampiran Yangjiang, provinsi Guangdong pada pukul 3:24 subuh tadi.

Satelit berkenaan kemudian memasuki orbit yang disasarkan menandakan misi pelancaran itu diselesaikan dengan jayanya.

Inilah penerbangan kali kedua roket pembawa SD-3.

Video

Berita Berkaitan