Belajar Bahasa Cina Makin Jadi Trend di Kalangan Bukan Cina Malaysia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 08 Disember 2023

Pengerusi Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Dato Goh Hin San menghadiri World Chinese Language Conference

Pengerusi Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Dato Goh Hin San menghadiri World Chinese Language Conference di Beijing pada 7 Disember. 

Belajar bahasa Cina semakin menjadi trend di kalangan bukan Cina di Malaysia, demikian kata Pengerusi Pusat Kebudayaan Han Malaysia, Dato Goh Hin San. Beliau berujar demikian ketika menghadiri World Chinese Language Conference yang berlangsung di Beijing dari 7 hingga 9 Disember.

Dalam mesyuarat itu, Pusat Kebudayaan Han Malaysia telah diberikan anugerah Pusat Ujian HSK Cemerlang. HSK atau Hanyu Shuiping Kaoshi, merupakan ujian yang menguji dan menilai kecekapan berbahasa Cina.

Beliau memaklumkan bahawa semakin banyak orang bukan Cina menghantar anak mereka ke sekolah rendah Cina. Setakat ini, sebanyak 23% pelajar di sekolah-sekolah itu adalah daripada kaum bukan Cina dan kebanyakannya Melayu.

“Sejak 10 tahun yang lalu, kementerian-kementerian Malaysia telah menganjurkan kursus bahasa Cina. Lebih 30 orang pegawai Kementerian Luar Negeri baru saja lulus dari kursus itu baru-baru ini.”

“Saya rasa inilah satu trend. Bahasa Cina tidak hanya dianggap sebagai bahasa ibunda kaum Cina, tetapi juga satu bahasa antarabangsa.” Beliau agak optimistik dengan pengajaran bahasa Cina di Malaysia.

Beliau turut memaklumkan pihaknya akan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.

Beliau yakin bahawa dengan usaha kedua-dua pihak, hubungan bilateral yang sudah cukup rapat ini akan melonjak ke satu tahap yang baharu.

Video

Berita Berkaitan