Landasan Pertama Projek Rel Mega Malaysia Dibina

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 14 Disember 2023

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meninjau pemasangan landasan Laluan Rel Pantai Timur di Kuantan, Malaysia pada 11 Disember 2023. (Xinhua/Chong Voon Chung)

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sebuah projek rel mega di Malaysia yang dibina oleh Syarikat Pembinaan Komunikasi China (CCCC) secara rasminya telah memulakan paduan runut (peletakan landasan) pada Isnin.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan antara tetamu yang menyaksikan detik bersejarah itu, selain turut berkenan merasmikan paduan runut untuk projek tersebut.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook bercakap semasa majlis pelancaran projek Laluan Rel Pantai Timur di Kuantan, Malaysia pada 11 Disember 2023. (Xinhua/Chong Voon Chung)

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook bercakap semasa majlis pelancaran projek Laluan Rel Pantai Timur di Kuantan, Malaysia pada 11 Disember 2023. (Xinhua/Chong Voon Chung)

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook juga menzahirkan pujian ke atas projek itu berikutan manfaatnya terhadap ekonomi tempatan, peningkatan taraf hidup masyarakat di pantai timur Malaysia, serta peningkatan kemahiran dan pemindahan teknologi yang terwujud dengan terdapatnya projek ECRL.

Menurut beliau, peralatan paduan runut termaju dari China banyak membantu dalam meningkatkan kecekapan pembinaan kereta api itu.

Foto tapak pelancaran projek Laluan Rel Pantai Timur di Kuantan, Malaysia pada 11 Disember 2023. (Xinhua/Xu Xinyu)

Foto tapak pelancaran projek Laluan Rel Pantai Timur di Kuantan, Malaysia pada 11 Disember 2023. (Xinhua/Xu Xinyu)

"Mesin paduan runut dijangka meletakkan kira-kira 1.5 kilometer trek setiap hari," ujar Anthony Loke.

Pengerusi CCCC, Wang Tongzhou dalam ucapannya berkata bahawa paduan runut itu sekali gus menandakan peralihan projek daripada pembinaan bawah tanah kepada pembinaan atas tanah.

Beliau berkata bahawa pihaknya akan terus melabur dalam sumber berkualiti untuk mempercepat pembinaan projek ECRL dan mengukuhkan lagi kerjasama menyeluruh dengan Malaysia, iaitu sejajar dengan rancangan pembangunan kerajaan Malaysia.

"Matlamat kami adalah untuk menjadikan projek ECRL sebagai mercu tanda kerjasama yang berkekalan dan mesra antara kedua-dua negara kita," kata Wang.

Projek infrastruktur utama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), ECRL berjalan dari hab pengangkutan terbesar di Pelabuhan Klang Malaysia dan bergerak merentasi semenanjung ke negeri Kelantan di pantai timur Malaysia.

Video

Berita Berkaitan