Dedikasi Belia China, Malaysia Terserlah dalam Projek Mega BRI, ECRL

Foto udara yang diambil pada 26 April 2023 ini menunjukkan kawasan rasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sebuah projek infrastruktur utama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di Kelantan, Malaysia. (Xinhua/Zhu Wei)

Di bawah panas terik matahari di Malaysia, kerja-kerja pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sebuah projek infrastruktur utama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), giat dijalankan.

Sepuluh Pasukan Respons Pantas Belia, pekerja dari China dan Malaysia, aktif bekerja di tapak pembinaan di sepanjang laluan yang panjangnya lebih daripada 600 kilometer.

Zhang Tan (tengah kanan), ketua Pasukan Respons Pantas Belia pertama Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), projek infrastruktur utama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), memeriksa tapak pembinaan di Kelantan, Malaysia, 26 April, 2023. (Xinhua/Zhu Wei)

Pada Julai 2017, Pasukan Respons Pantas Belia pertama projek ECRL telah ditubuhkan. Zhang Tan, 33, adalah ketua pasukan kini. Sebelum datang ke Malaysia, dia pernah menyertai pembinaan projek BRI di Afrika.

Zhang sedang menjalankan pemeriksaan di lapangan dengan rakan sekerjanya, Deng Youzhi, seorang pengarah teknikal. Prosedur di lapangan semuanya teratur dengan lebih daripada seratus keping rasuk prapasang berbentuk T disimpan dengan cara yang sejajar, menunggu untuk didirikan di jeti.

Zhang menjelaskan kepada pemberita Xinhua bahawa rasuk lapangan memainkan peranan penting dalam pembinaan kereta api. Katanya, hanya dengan membekalkan rasuk berkualiti tinggi yang diperlukan dengan tersusun, kerja-kerja pemasangan landasan dan pemasangan lain boleh dilaksanakan mengikut jadual dan projek ECRL dapat disiapkan dengan lancar.

"Semua ahli pasukan kami bekerja di tapak utama dan memainkan peranan yang agak penting," kata Zhang sambil menambah bahawa walaupun terdapat beberapa kesukaran, mereka bekerja bersungguh-sungguh dan boleh menghasilkan empat keping rasuk setiap hari.

Foto udara yang diambil pada 26 April 2023 ini menunjukkan kawasan rasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sebuah projek infrastruktur utama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di Kelantan, Malaysia. (Xinhua/Zhu Wei)

Foto udara yang diambil pada 26 April 2023 ini menunjukkan kawasan rasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sebuah projek infrastruktur utama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di Kelantan, Malaysia. (Xinhua/Zhu Wei)

Dibina oleh Syarikat Pembinaan Komunikasi China (CCCC), ECRL dijangka meningkatkan kesalinghubungan dan membawa pertumbuhan yang lebih seimbang kepada Malaysia, dengan menghubungkan negeri-negeri yang kurang membangun di Pantai Timur ke pusat ekonomi di Pantai Barat setelah projek selesai.

Menurut Ye Xiaoyang, timbalan pengarah projek CCCC (ECRL) SDN BHD, 2023 merupakan tahun penting bagi kejuruteraan awam projek ECRL, dan dijangka bilangan pekerja akan melebihi 20,000 orang.

Projek ini mempunyai sepuluh Pasukan Respons Pantas Belia yang terdiri daripada 223 orang, di mana 185 berumur 35 tahun ke bawah. Mereka semua bekerja di tapak penting seperti terowong, pembetung, jambatan dan dasar jalan. Mereka telah memberikan sumbangan besar kepada pembinaan ECRL.

Pekerja di tapak pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), projek infrastruktur utama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di Kelantan, Malaysia, 26 April 2023. (Xinhua/Zhu Wei)

Pekerja di tapak pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), projek infrastruktur utama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di Kelantan, Malaysia, 26 April 2023. (Xinhua/Zhu Wei)

Deng yang berasal dari wilayah Sichuan di barat daya China, mula bekerja di sini hanya beberapa bulan lalu. Sebagai pekerja baru, beliau menghabiskan sebahagian besar masanya di kawasan pengeluaran, meneliti semua prosedur dan mencuba yang terbaik untuk menyumbang sebagai pengarah teknikal.

Dalam kemeja-T yang dibasahi peluh dan marl, Deng dengan bangganya memberitahu bahawa cadangan teknikalnya telah diterima untuk meningkatkan kecekapan kerja. Sebagai ahli Pasukan Respons Pantas Belia, dia akan menjunjung semangat ketukangan untuk mengatasi semua jenis halangan dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan.

Pekerja bertugas di pekarangan rasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), projek infrastruktur utama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di Kelantan, Malaysia, 26 April 2023. (Xinhua/Zhu Wei)

Pekerja bertugas di pekarangan rasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), projek infrastruktur utama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di Kelantan, Malaysia, 26 April 2023. (Xinhua/Zhu Wei)

Pasukan Respons Pantas Belia bukan sahaja menarik kakitangan China, tetapi juga rakan sebaya mereka dari Malaysia.

Teng De Wei, seorang jurutera muda Malaysia, menyertai ECRL selepas tamat pengajian di Universiti Malaya.

"Saya berada di tapak ketika longgokan pertama. Saya telah mengumpul pelbagai pengalaman dalam tempoh dua tahun yang lalu. Selain pertumbuhan kendiri, melihat projek itu terus maju ke hadapan menyedarkan saya bahawa kita semakin hampir kepada matlamat ," katanya.

Pengarah teknikal Deng Youzhi (kanan) dan Teng De Wei, seorang jurutera muda Malaysia sedang membincangkan isu pengeluaran di pekarangan rasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sebuah projek infrastruktur utama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di Kelantan, Malaysia, 26 April 2023. (Xinhua/Zhu Wei)

Sejak dua tahun lalu, dengan bantuan rakan sekerja warga China, pemuda ini menyesuaikan diri dengan baik dengan persekitaran kerja. Dia telah mengambil bahagian dengan lebih aktif dalam pelaksanaan projek.

Teng memberitahu bahawa ECRL telah membawa lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan dia telah bertemu dengan ramai alumni dari sekolah menengahnya dalam projek itu.

Maklum Ye Xiaoyang, kerja pembinaan projek telah dipercepat dan dijangka siap pada penghujung 2027.

Bagi Teng, dia percaya selepas projek itu siap, lebih banyak pengangkutan yang selesa dapat disediakan dan lebih banyak peluang akan dibuka.

Seorang pekerja bertugas di tapak pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sebuah projek infrastruktur utama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) di Kelantan, Malaysia, 26 April 2023. (Xinhua/Zhu Wei)

Gaya Hidup

Berita Berkaitan