Xi Mahu Guangxi Tulis Babnya dalam Modenisasi Ala China

(CRI)Isnin 18 Disember 2023

Presiden China Xi Jinping menyatakan Guangxi harus mengamalkan konsep pembangunan baharu secara lengkap, tepat dan menyeluruh, menumpukan pembangunan bermutu tinggi, membina paradigma pembangunan baharu, memanfaatkan kelebihan wilayah itu sendiri agar menulis bab Guangxi dalam modenisasi ala China.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan di wilayah Guangxi baru-baru ini.

Xi menegaskan bahawa Guangxi harus meluaskan keterbukaan kepada pasaran dalam dan luar negara, aktif berkhidmat kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN, meningkatkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam sektor perdagangan, buruh, perindustrian, sains dan teknologi, serta pendidikan, di samping berusaha berkembang menjadi pusat kemudahan perdagangan dalam dwikitaran domestik dan luar, serta melibatkan diri dalam pembinaan inisiatif Jalur dan Lalua (BRI) secara lebih mendalam.

Video

Berita Berkaitan