Ribuan Orang Persembah Tarian Dalang Etnik Zhuang semasa Shuangjiang

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 27 Oktober 2023
Ribuan Orang Persembah Tarian Dalang Etnik Zhuang semasa Shuangjiang
Pertandingan Tarian Dalang Etnik Zhuang Ribuan Orang ke-5. (Foto ihsan Pusat Media Daerah Tiandeng)

Sempena ketibaan penggal Shuangjiang dalam Kalendar “24 Musim” yang jatuhnya pada 24 Oktober, daerah Tiandeng di Guangxi mengadakan Pertandingan Tarian Dalang Etnik Zhuang yang kelima. Dengan berpakaian kostum etnik tradisional, beribu-ribu lelaki dan wanita Zhuang menggunakan alu kayu dan memukul batang kayu, mempersembahkan tarian dengan rentak asli buat penonton.

Tarian Dalang merupakan tarian Zhuang yang bersejarah di kaunti Tiandeng. Seni ini telah diturunkan dari Dinasti Tang dan diwarisi hingga ke hari ini selama hampir 1,400 tahun. "Lang" ialah alat yang digunakan khas oleh nenek moyang Zhuang untuk mengeluarkan biji padi dan menumbuk beras. Pada mulanya, “Dalang” hanya memaparkan adegan kerja nenek moyang Zhuang mengirik padi dan membuat kuih pulut. Kemudian, unsur-unsur tarian telah ditambah kepada Dalang, lalu membawa kepada kemunculan semula budaya pertanian padi orang Zhuang. Semasa perayaan penting, orang ramai menari tarian ini untuk menyatakan hasrat mereka untuk tuaian yang lumayan, cuaca yang baik dan kehidupan yang harmoni.

Orang ramai berpakaian tradisional menyambut perayaan. (Foto ihsan Pusat Media Daerah Tiandeng)
Orang Zhuang merayakan musim menuai. (Foto ihsan Pusat Media Daerah Tiandeng)
Tapak pertandingan. (Foto ihsan Pusat Media Daerah Tiandeng)

Video

Berita Berkaitan