Penyelamat Bertarung Cuaca, Gegaran, Bantu Mangsa Gempa Gansu (2)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 20 Disember 2023
Penyelamat Bertarung Cuaca, Gegaran, Bantu Mangsa Gempa Gansu
Penyelamat memasang peralatan pemanas di tapak pemindahan sementara di kampung Dahe, daerah autonomi Bonan-Dongxiang-Salar Jishishan, provinsi Gansu, barat laut China, 19 Disember 2023. (Xinhua/Fang Xin)

Pihak berkuasa pusat dan tempatan telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas berlakunya gempa bumi kuat yang menggegarkan sebuah daerah di provinsi Gansu, barat laut China pada Isnin.

Bertarung dengan gelombang sejuk yang menjadikan suhu di bawah -10 darjah Celsius dan diikuti dengan gegaran susulan yang berulang, ribuan penyelamat bergelut dengan masa untuk mencari dan menyelamatkan mangsa di kawasan gempa bumi di sekitar Gansu dan provinsi Qinghai.

Bekalan bantuan termasuk baju sejuk, selimut, katil lipat, mi segera, khemah dan dapur turut dihantar ke kawasan bencana bagi memastikan keperluan asas mangsa terjamin.

Setakat petang Selasa, gempa bumi berukuran 6.2 magnitud itu telah mengorbankan 127 nyawa, dengan 113 daripadanya di Gansu dan 14 lagi Qinghai, selain turut mencederakan ratusan individu.

Turut difahamkan, bencana tersebut juga mengakibatkan kerosakan rumah dan infrastruktur seperti air, elektrik, pengangkutan dan komunikasi.

Video

Berita Berkaitan