Buzzword Rakam Perubahan Hidup Masyarakat China pada 2023

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 25 Disember 2023

"Zhen" iaitu aksara Cina untuk yang bermaksud "memberi inspirasi kepada diri" dan "pembangunan berkualiti tinggi" telah dipilih sebagai Aksara dan Perkataan Terbaik 2023 di China.

Sebagai sebahagian daripada acara tahunan "Tinjauan Bahasa Cina 2023," aksara dan perkataan itu dipilih daripada cadangan warganet dan pakar, dengan menggunakan algoritma berdasarkan korpus aksara Cina dalam proses pemilihan.

Menurut pakar, aksara "zhen" biasanya dipakai apabila seseorang itu dapat berpegang teguh dengan pendiriannya dalam menghadapi cabaran, terus maju meskipun ketika angin dan hujan, serta menikmati kegembiraan dalam setiap kemajuan yang dicapai.

Tinjauan itu turut memilih aksara "wei," yang bermaksud "bahaya," dan "ChatGPT" masing-masing sebagai Word of the Year dan Aksara Cina antarabangsa.

Selama 18 tahun berturut-turut, pemilihan kata kunci dibuat dengan tujuan untuk menggalakkan orang ramai merakam kehidupan dan perubahan sosial masing-masig.

Bagi acara tahun ini, ia dianjurkan bersama oleh Pusat Pemantauan dan Penyelidikan Sumber Bahasa Kebangsaan, Akhbar Komersial dan Xinhuanet.

"Kata kunci yang popular dan boleh diakses adalah yang paling sensitif untuk melihat perkembangan sosial," kata Wang Xiaoyan, profesor madya di Beijing Normal University.

Tambah beliau, bahasa Internet berfungsi sebagai gambaran langsung perasaan kolektif berikutan hubungannya yang rapat dengan kehidupan seharian manusia.

Pusat pemantauan dan penyelidikan sumber bahasa juga sebelum ini mendedahkan "10 trend Internet China teratas 2023", termasuk "@future" (masa depan), iaitu sebahagian daripada slogan Inggeris Sukan Asia Hangzhou, "perjalanan gaya pasukan khas," pendekatan popular dalam kalangan golongan belia di China untuk memanfaatkan sepenuhnya percutian pendek, "kehidupan pintar," dan "Liga Super Kampung."

Jelas Wang, sebahagian daripada ungkapan ini kaya dengan sentuhan peribadi dan memaparkan puisi romantis, mempamerkan pemulihan pesat ekonomi dan masyarakat serta pandangan masyarakat yang lebih positif terhadap kehidupan.

Video