- Lain-lain
Membentuk Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan, Pendekatan bagi Tangani Masalah Global
Konsep 'membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan' sejajar dengan permintaan rakyat pelbagai negara bagi mengejar kedamaian, memperjuangkan matlamat pembangunan dan menggalakkan kerjasama, dan menjadi pendekatan asas bagi menangani masalah global.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang media semalam sempena ulang tahun ke-10 konsep tersebut.
Menurut Mao, konsep yang dicadangkan oleh Presiden China, Xi Jinping itu mendapat sambutan hangat dalam masyarakat antarabangsa.
Konsep "membentuk komuniti berkongsi nasib sesama insan" tercantum dalam resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk 7 tahun berturut-turut, dan kerap kali terkandung dalam resolusi atau deklarasi mekanisme multilateral seperti SCO dan BRICS. Justeru, kemajuan signifikan turut dicapai dalam tadbir urus global dalam beberapa banyak bidang berkat rangkaian inisiatif yang berkaitan rapat dengannya termasuk membentuk komuniti berkongsi kesihatan manusia, komuniti berkongsi ruang siber, dan komuniti berkongsi nyawa antara manusia dengan alam sekitar," katanya.
China yang berpandukan konsep tersebut, menganjurkan dan mendorong pembangunan berkualiti tinggi di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI), Inisiatif Peradaban Global (GCI), dan bersedia bersama-sama masyarakat antarabangsa membangunkan dunia yang kekal damai, aman, makmur bersama, terbuka dan inklusif, bersih dan indah.
- China Keluarkan Kertas Putih Huraikan Konsep Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan
- Li Qiang, Guterres Adakan Pertemuan
- Xi Hadir Upacara Perasmian Universiade, Seru Tingkatkan Kesatupaduan Melalui Sukan
- China Bersedia Ganding Bahu, Promosi Nilai Bersama Umat Manusia - Xi
- Menteri Luar China Seru Pergiatkan Kerjasama China-Afrika
- China Sokong Peranan Konstruktif PBB dalam Isu Antarabangsa dan Serantau
- Laporan Rumus Pelaksanaan Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan
- Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan Mendapat Sambutan Hangat
- Ulang Tahun Ke-10 Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan Anjuran Xi
- Setiausaha Agung ASEAN: Intensifkan Hubungan Rakan Strategik Komprehensif dengan China