Sedia Pentas untuk Bakat Masa Depan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 26 Disember 2023

"Skrip, solekan, set pentas, muzik dan pencahayaan... kami melakukan semuanya bersama-sama dalam pembelajaran teater yang sangat menyeronokkan."

“Tanpa saya sedari, saya sebenarnya sangat menikmatinya sehingga saya benar-benar mengambil bahagian dalam penghasilan setiap drama," demikian ujar Fu Yixuan, Setiausaha agung Persatuan Teater China, baru-baru ini.

Semasa majlis perasmian Pameran Antarabangsa Era Baharu Teater Kampus pada Selasa lalu, Fu berpeluang mengimbau kembali memori indah zaman kolej di Teater Seni Rakyat Beijing.

Pementasan lima produksi oleh pelajar dari China dan luar negara telah berlangsung di teater Akademi Drama Pusat dan teater Akademi Seni Teater Cina Kebangsaan di Beijing dan melabuhkan tirai pada Sabtu lalu selepas lima hari.

"Pelajar dari sekolah dan negara yang berbeza berkumpul bersama untuk mementaskan karya mereka sendiri dan berkomunikasi."

“Mereka muda, bersemangat dan berdedikasi untuk teater," kata Fu.

Profesor jabatan seni teater di Universiti Lucian Blaga Sibiu, Luminita Birsan berpendapat bahawa teater membuka peluang kepada peserta untuk merasai peluang menjadi orang lain dan hidup dalam ruang serta masa yang berbeza.

Teater Seni Rakyat Beijing telah bekerjasama dengan universiti dan juga sekolah menengah untuk melatih bakat muda.

Sebagai contoh, teater tersebut telah bekerjasama dengan Beijing No 166 High School untuk membina pangkalan teater, yang menawarkan program latihan kepada lebih 40,000 pelajar sejak 2012.

Video

Berita Berkaitan