90% Penduduk Gaza Kehilangan Tempat Tinggal: UNRWA

(CRI)Khamis 04 Januari 2024

Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) menyatakan bahawa hampir 90 peratus penduduk di Gaza kehilangan tempat tinggal dan tidak memiliki apa-apa sahaja buat masa ini.

Selain itu, situasi kesihatan di Gaza amat membimbangkan, sementara risiko tercetusnya wabak penyakit berjangkit juga amat tinggi.

Bilangan kes meningitis, ruam, cacar air dan penyakit lain meningkat dengan mendadak, dan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah bergelut dengan jangkitan sistem pernafasan dan cirit-birit.

Video

Berita Berkaitan