Bahan Kaca Ditemui dalam Sampel Regolitos Chang'e-5

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 10 Januari 2024

Foto gabungan ini memperlihatkan mikrograf terkutub silang bagi zarah tanah bulan yang berbeza, dipaparkan pada pameran bertemakan pencapaian penyelidikan tanah bulan di Universiti Sains dan Teknologi China, di Hefei, provinsi Anhui, timur China pada 19 April 2023. (Xinhua)

Institut Fizik Akademi Sains China memaklumkan bahawa pakar China berjaya menemui dan menjalankan penyelidikan sistematik terhadap pelbagai bahan kaca yang dijumpai di dalam tanah bulan yang dibawa balik oleh misi Chang'e-5.

Difahamkan, para penyelidik di institut itu menganalisis secara komprehensif morfologi, komposisi dan struktur mikro bahan kaca yang terdapat dalam sampel serbuk yang diperoleh daripada regolitos bulan menggunakan mikroskop elektron pengimbasan dan penghantaran.

Pelbagai bahan kaca dengan asal usul fizikal yang berbeza turut ditemui, antaranya pelindapkejutan cecair, pemendapan wap dan kerosakan penyinaran, seterusnya mewujudkan katalog berdasarkan maklumat tersebut.

Para penyelidik juga menemui gentian kaca yang terbentuk secara semula jadi pada permukaan bulan untuk kali pertama, sekali gus memberi petunjuk bahawa terdapatnya kemungkinan tanah bulan boleh digunakan untuk memproses dan menghasilkan bahan binaan kaca.

Untuk rekod, kajian itu juga telah diterbitkan dalam jurnal Kajian Sains Kebangsaan.

Misi penyelidikan Chang'e-5 telah kembali ke Bumi pada 17 Disember 2020, setelah mendapatkan sejumlah 1,731 gram sampel bulan, yang khususnya terdiri daripada batu dan tanah dari permukaan bulan.

Video

Berita Berkaitan