China Temui Mineral Baharu di Bulan

(CRI)Sabtu 10 September 2022
China Temui Mineral Baharu di Bulan

Saintis China telah mememui bahan mineral baharu di Bulan, melalui penyelidikan terhadap sampel dari Bulan yang diperoleh melalui misi Chang'e-5. Demikian diumumkan bersama oleh Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA) dan Agensi Tenaga Atom Negara China (CAEA) pada Jumaat.

Ini kali pertama China menemui mineral baharu di Bulan, dan juga yang keenam ditemui oleh umat manusia. China menjadi negara ketiga yang berjaya menemui mineral baharu di Bulan.

Mineral baharu tersebut dinamakan Batu Chang'e atau Changesite-(Y).

Gaya Hidup